Popular Posts

Saturday, 30 April 2011

wahai muslimah + niqobis sekalian......................

Copied from someone in FB...:-) credit to her....
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...
mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi ana sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan#


Hati ana tidak senang. ana membuka beberapa fb para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa fb yang membuatkan muka ana ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah...Ana tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlgi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Ana menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih ana kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan ana menulis tentang ini bukan kerana ingin memalukan, tetapi ana sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Tentunya mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”

Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Ana juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati ana jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah....


Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan mhrm walau hanya dengan gambar. Jujurnya, ana merasa ‘pelik’ dan terpaksa ana beristighfar apabila melihat gambar-gambar begitu kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa ana boleh buat, kalian telah menjemput ana untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Ana memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan ana. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang ana harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan ana kali ini. Wanita muslimah, ana mohon sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian...
wallahualam bissowab..

FINAL YEAR PROJECT+ Keinsafan......

Ya ALLAh.....
Ku mulakan dgn mnyebut namaMu yang mulia..(^.^)
Esok bersamaan 2 mei 2011 insyaALLAH...aku akan present my Final year project....semoga ALLAH memudahkan dan melancarkan lidah ku ..amin....

masa tgh "jln2" kat FB...terniat lama dah nk tgk profile amer ruffedge....subhanALLAH..cari punya cari..alhamdulillah..jumpa sudah.....tak kusangka..makin ramai artis yang kembali kpd fitrah...segala puji bagiNya...(^.^)m

sesungguhnya..ALLAH la yang mmegang hati2 kita..walau siapa kita ni......kita tak terjamin pun mcm mana end of our life..mati dlm husnul khotimah ke...atau suul khotimah..ya ALLAH...kdg2..rasa malu dgn diri......cukup solehah kan batin ku???walaupun zahir nampak molek je...dalam hati ni????ya ALLAH..gelapkah hti ini ya Rohman???????T__T
Dalam aku berdoa...sedih rasa diri......................sebb.....aku ni...mmmmm...bnyk je dosa...nk brharap syurga ALLAH>.tpi mcm mana ku nk yakin...bahawa perlakuan bukan perlakuan ahli neraka..Astaghfirullah..T___T


ya Allah..kasihani la hamba Mu yang hina dina ni......................T_______T

credit to Ruffedge+Ve+Innuendo=Al Mawlid.....same goes to bob lokman..cerita kalian myebakkan ambe yang penuh dosa ni.......

Tuesday, 1 March 2011

rahsia JAri kita ....bahkan rahsiaNya melebihi pengetahuan cetek mnusia...


Rahsia Jari Kita
www.iluvislam.com
Oleh:LilaCgurl
Editor: Afdhal87

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ...
"Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "
good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

FACEBOOK OH FACEBOOK..ADUHAI engkau


Facebook oh Facebook…

Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.


Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.


Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.


Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”

Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

 Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

 Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?

 Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?

Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,

Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!


Facebook oh Facebook…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah Engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

Saturday, 26 February 2011

untuk permulaan...

Bismillahirrohmanirrohim...

Aku memulakan tulisan ku dengan nama Nya yg mulia...
utk pertama kali nya..
aku menulis blog...
bukan tak punya keinginan memiliki...
cuma kekangan masa yg mencemburui..

aku cemburu akn mereka...
yg amat bijak mengatur kata2..
menaip sebutir2 mutiara terindah yg mudah terlekat di dada..
insyaALLAH..
aku memegang satu amanah..
apa saja tulisan tgnku perlu ku jwb di akhirat sana ..
mudah2an apa yg aku cuba sampaikan dpt menjana saham akhirat ku..
ku mahu menjadi seperti mereka..
yg pergi meninggalkan dunia hnya dgn buah bicara...
jika manusia mati meninggalkan nama,.
harimau mati meninggalkan belangnya..
aku mahu mati meninggal kan kata2..

insyaALLAH..
ini tulisan pertamaku
moga bukan yang terakhir..
kerna aku melihat masih jauh misi dan visi ku..
utk addeen tercinta...

ya ALLAh.. berkatilah usaha kami yang ingin menyahut seruan hadith kekasihMu..
"ballighu anni walau ayah"
sampaikan walau satu ayat..
redhoilah apa yg kami lakukan..
kerna redho Mu la yg kami buru..
jauhkan lah kami dari pimpinan toghut dan hizbisyaiton..
Pada Engkau lah kami yg hina harapkan..
Pimpinlah kami ya ALLAH..pimpinlah kami dgn Haq Mu..
semoga kami meraih keredhoanMu..amin ya Robb