Popular Posts

Tuesday 30 August 2011

Di haRI RAya Itu..........................






Di hari raya itu….
Betapa si ayah dan ibu…
Melengkapkan keperluan raya anak2 semampu mungkin..
Walaupun acap kali..keperluan dirinya sendiri diabaikan..
Agar anak gembira dihari raya…dengan baju baru …dan yg lainnya…

Di hari raya itu…
Betapa si ayah dan ibu…
Melengkapkan sambutan rayanya dengan beraya di sisi anak2..
Betapa sedih dan pilu andai terpaksa bertugas…
Kerana…anak….sesuatu yg amat berharga bagi ayah dan ibu…
Terkadang..lebih berharga dari dirinya sendiri…

Di hari raya itu..
Betapa si ayah dan ibu..
Termenung dijendela…dari petang membawa ke malam…
Dari malam membawa ke pagi…
Melihat dipinggiran jalan…kalau2 kereta anak2 menjengah laman sepi..
Betapa tubuh yg dimamah usia…menanti sepi dlm hiba..
Anak2 tersayang..yg dibelai dipuja dari kecil hingga dewasa

Di hari raya itu…
Betapa si ayah dan ibu..
Menyambut syawal yg menjelma..
Dengan titisan air mata…kerinduan kepada si anak yg jauh dimata
Yg sememangnya sebahagian dari jiwa…
dari dulu…sehingga terpisah roh dan jasadnya…

Di hari raya itu…
Betapa si anak..
Meriah..gembira…seronok….
Bersama2 anak2 dan isteri..membuat persiapan raya…
Betapa gembira melihat anak2 yg ketawa ria..
Namun…terlupa…tangisan ayah dan ibu..
Kerana merindukannya…sianak yg dipuja…
Satu ketika dulu…kini…dan selamanya…dihati si ayah dan ibunya..
Yg semakin dimamah usia…

Di hari raya....
SELAMAT HARI RAYA…BUAT AYAH DAN IBU…
Jasamu tiada terbalas…halalkan segalanya…
Maafkan daku…anakmu…andai melukakanmu walau seguris rasa…tanpa sengaja..
Hanya keredhaanmu…
Membawa keredhaan Ilahi buat diriku…
Anakmu yg terkadang lupa diri…
Kerana sudah besar dan mampu berdikari…
Maafkan daku ayah dan ibu..sempena hari yg mulia ini

2 comments:

  1. IbuAyah..dua insan yang kecil dengan pengorbanan yang sangat besar

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt

    ibu dan ayah terpaku di laman,
    menanti si anak pulang berjuang,
    semoga anak tidak lupakan sumbangan,
    yang pernah di buat ayah dan ibu.

    selamat hari raya maaf zahir batin buat lina dan keluarga.. semoga ramadhan yang pergi di gunakan sebaiknya dan semoga syawal yang menjelma di hargai sepenuhnya. :)

    ReplyDelete